Friday, September 20, 2013

APA SALAHNYA KARYA KONSEPTAKJUAL




Apa salahnya dengar karya konseptajual...heheeh... asik konsep jual jer..faham ke apa konseptual..jangan main sebut aje pandai..heehe. Bila teman menyoal takan macam ni jer karya kau, Ha!, macam ni la, kau nak macamana lagi?. Takan tak frame?..perlu ke aku nak frame?. Habis tu kalau tak framing macamana nak jual?. Yang ni karya aku KONSEP TAK JUAL..hahahahaahh

Apa tajuk karya saya ini?. Tajuknya “Yang Mana Kita Ni?”. Apa medium yang digunakan dalam menghasilkan karya ini?. Mediumnya cuma 4R paper foto dan sticker. Teknik karya ini bagaimana pula?. Saya minta kawan saya iaitu Shahril Nawawi menggunakan software adobe photoshop untuk imposed gambara kepala saya ke gambar badan Ai Weiwei. Jadi yang buat adalah Shahril dan yang memberi idea adalah saya. Apa pula kena mengena gambar Aiweiwei dengan karya saya pula?. Sebenarnya gambar ini merupakan karya Aiweiwei yang bertajuk “Dropping a Han Dynasty Urn, 1995”. Karya Aiweiwei itu merupakan tindakbalas dan komentarnya terhadap nilai kebudayaan dan sejarah sosial apabila berlaku perobohan tempat-tempat bersejarah oleh kerajaan China bagi tujuan pembangunan semula bandar. Karya Aiwewei telah meransang pemikiran saya dan mendorong untuk menghasilkan karya saya pula. Apa yang saya buat adalah mengambil semula gambar karya Ai Weiwei ini dan manipulasinya. Apa yang dimanupilasi?. Saya tukarkan gambar kepala Ai Weiwei dalam karya tersebut menjadi gambar kepala saya. Bentuk lain dalam gambar tersebut saya kekalkan. Jadi apa pula ceritanya setelah dimanipulasi gambar karya tersebut?. Saya suka imej representasional ketika saya memegang sebuah pasu, melepaskan sebuah pasu dan pasu yang pecah. Saya menyoal akan pegangan kita terutama dalam perjuangan seni rupa. Apa yang kita pegang selama ini?, apa yang kita lepaskan selama ini? dan apakah yang kita telah pecahkan selama ini?. Adakah ia berkaitan tradisional, adakah ia berkaitan moden, adakah ia post moden atau adakah ia kontemporari?. Jadi saya simbolkan semua persoalan ini dengan membentuk semula secara representational melalui susunan 36 keping gambar bersaiz 4R dalam bentuk pelbagai. Susunan gambar ini pula merupakan sebuah penyataan bahawa kita sentiasa berada dalam keadaan yang tidak tetap. Ada masa kita pegang, ada masa kita lepas, ada masa kita pecahkan, ada masa kita guna, ada masa kita simpan, ada masa kita tangkap, ada masa guna semula, ada masa kita tradisional, ada masa kita moden, ada masa kita post moden, ada masa kita kontemporari., ada masa kita apa?. Visual teks pula sebagai pendokong kepada karya ini dalam bentuk penyataan dan persoalan kepada kita semua. Bagi saya perkara ini sangat penting kerana kitalah yang mencorak sejarah seni rupa Malaysia.














Karya Ai Wei Wei 






Thursday, September 19, 2013

ASSALAMUALAIKUM JORN ! APA CERITA CORENG ?


Sudah lama tak berkunjung ke rumah Jorn di Jalan Tinggi Seksyen 8 Shah Alam, maka aku mengambil kesempatan ruang untuk berkunjung dan bertanya kabar pada Jorn. Mungkin tidak ramai yang tahu siapa Jorn, kerana nama panggilan Jorn itu hanya pada teman-teman rapat yang mengenalinya. Fauzulyusri Sulaiman, itulah nama sebenar kepada Jorn, pasti di kalangan artis, kurator, pengkritik, kolektor dan peminat seni cukup mengenali nama ini. Tujuan saya berkunjung ke rumah Jorn pada 26 Mac 2013 bukan sekadar untuk bertanya khabar tetapi melebihi dari itu untuk mencungkil pameran solo terbaru beliau “CORENG” yang diadakan di Gallery Taksu. Ikuti wanwancara saya (ali- nama panggilan teman-teman semasa menuntut di ITM) bersama Fauzulyusri (Jorn) secara tidak formal di rumahnya.

Ali :                 Assalamualaikum Jorn.
Jorn:               walaikumsalam ali, hang mai dari mana ni?
Ali:                  dari ofis la jorn, hang dah makan ke?
Jorn:               dah, baru settle
Ali:                  haaaa..ingatkan hang tengah makan. Sibuk ke jorn?.. Oooooooo, banyaknya work jorn?
Jorn:              hahaa…aku mana boleh duduk diam ali, hang bukan tak tau
Ali:                 tu la pasal…. Hahh! work yang ini termasuk corenganlah ni?
Jorn:              taklah, tak masuk pun...sorry lah ali, berselerak studio aku ni, dengan sculpturenya pula (rujuk gambar 1)
Ali:                 mana?, yang ni ke?, ni masuk pameran sekali ni?
Jorn:              masuk…, tapi untuk ini jela..tapi aku tak sure nak panggil apa, nak panggil sculpture ke..errr..relief sculpture ke…eh, kau jangan rekod lagi ali (melarang aku merekodkan perbualan).
Ali:                 tak apa jorn, biarlah, kita sembang – sembang je, tak apa, mana boleh formal sangat, kalau formal tak syoklah, kena la borak – borak macam ini baru best..hahahahaha.
Jorn:              kau nak air apa ali?
Ali:                 air kosong je jorn,  air sejuk.
Jorn:              jap, aku buat
(Selang 3 minit kemudian)
Ali:                 macam mana hang boleh terfikir nak buat macam ini jorn ? (merujuk kepada karya sculpture tadi)
Jorn:              ni aku fikir macam ni ali, biar  nampak media lain sikit dalam show ni…err So bila aku fikir – fikir keluar la idea macam ni
Ali:                 apa kelainan jorn, kelainan kali ini, tentang corengan ni?, berbanding play, guris dan lain-lain jorn.
Jorn:              coreng lah ali, dia tak ada “ngan”, coreng aje, hhahaha.
Ali:                 hahahaah…
Jorn:              hang nak tanya apa lagi ali, hang dah tahu banyak dah ni, tak payah tanya aku lah, balik tulis je
Ali:                 eh! aku tak tahu, aku tak tahu jorn..hahaha (sengaja buat tak tahu supaya jorn boleh bercerita lagi)
Jorn:               kau tak tahu apa lagi?,  tulis balik je…tulis la…. kita dah sembang dua kan, macam lah tak pernah datang…hahaha, tapi bolehla kalau hang nak interview guk. macam ni ali…errr..selepas guris…tahun lepas aku tak ada show, so aku buat awal – awal , dia punya stage dahulu, lepas tu aku rasa macam tak menjadi la, dengan komen yang negatif masa itu…jadi aku buat lagi, buat…buat sampai proses aku rasa series ini series yang memang memenatkan aku habis…betul ali !...aku tak rasa penat macam ini sebelum ini, kali ni aku rasa penat habis! Sampai aku demam tiga minggu…tengah – tengah buat work, aku demam tiga minggu, sampai aku terfikir apa nak jadi dengan aku…kali ini aku bagi sepenuhnya dekat painting ni, memang aku dah all out, aku rasa aku buat kali ini…kalau di compare kan dengan yang sebelum – belum ini la…emmm..aku rasa memang yang ini aku all out betul – betul.
Ali:                  tapi kali ini work memang nampak painting betul.
Jorn:               haaaaaa… memang painting ali,betu ali, macam seorang kolektor itu, semalam dia datang dia cakap dia tak nampak aku punya budak – budak kali ini…maksudnya  dalam painting ini. Memang nampak painting la, hang pun cakap benda yang sama…Ooooooo, maksud dia benda ini mula-mula aku tak perasan sangat, bila dah siap, respon sikit – sikit, hang pun cakap benda yang sama… jadi muktamad la tu, painting la tu…haha
Ali:                  macam mana hang boleh dapat perkataan coreng tu jorn?, macam mana hang boleh terfikir coreng pula?
Jorn:               so far aku guna satu perkataan (terma) semua dalam pameran aku sebelum ni, so aku maintain benda itu sahaja. Macam nak pecah kepala cari perkataan itu…aaa…aku buka macam – macam kamus, kena cari, lepas tu check dengan member…Sampai tidur terbayang – bayang apa tema nak bagi…betul ali…. orang tengok series aku sebelum ini, aku memang formalistik, direction aku memang formalistik, dalam siri ground kat situ aku fokus texture, dekat guris pula  line, tapi kali ini dalam kepala aku colour, line, gesture,…itu yang aku pegang benda itu, dari situ aku develop…aku formalistik dulu, kemudian pergi ke content..semua aku dapat masa tengah buat…jadi aku cuba kaitkan sekali, itu yang pecah kepala nak cari title yang mana aku nak benda itu boleh relate sekali.
Ali:                  ok, kalau cakap tentang coreng ..errr…itukan banyak isu berkaitan tentang teknikal kan, coreng benda yang kita buat, kita lakukan atas canvaskan?,  coreng kan?….So, ada perkaitan atau tidak ada perkaitan dengan maksud coreng itu sendiri?,boleh kau jelaskan
Jorn:               ada!, hang ingat aku main – main ke ali?, Aku serius buat work ni.
Ali:                  aku tahu, hang la artist paling serius buat work kat Malaysia ini..hahaha
Jorn:               aku senyum pun sekali sekala je ali…masa buat painting la. Ok, coreng satu…coreng, benda coreng, benda yang tak bersih, benda yang hang bercoreng…dan kalau hang perasan siri ini aku banyak lukiskan muka, maksud muka ni, aku nak muka dia yang bercoreng bukan muka dia yang clean, bersih apa semua…benda yang bercoreng la, itu aku punya key word aku…errr..ok ali, maksudnya bila benda yang aku buat, bila nampak sempurna, itu bukan coreng la…so, aku nak kena kacau dengan colour, benda yang bercoreng, benda yang gesture, benda yang spontan, benda yang scratch, semuanya sebab nak musnahkan dia punya perfect itu…
Ali:                 Oooooo, jadi apa perkaitannya pula dengan muka-muka yang kau coreng tu Jorn?
Jorn:               maksudnya macam ni ali, secara tersiratnya kita ini tak bersih ali... ini tentang kehidupan ali,  maksud dia ada yang terpalit dengan arang, tercoreng dengan benda negatif…semuanya, sebenarnya aku respon dekat dengan aku, daripada kawan – kawan aku, daripada anak – anak aku dan persekitaran aku..aku cuba tengok dan kemudian aku kaitkan dengan keadaan sekarang ini punya isu..scene ke… apa ke, so, benda itulah dia punya cerita dia. Hanim (Nur Hanim, Penulis katalog pameran coreng) datang dan dia tanya aku, bagus soalan dia…dia tanya aku ini cerita content ke, cerita teknikal?, aku terus cakap teknikal la, bukan content, content di belakang, content ini society la, aku punya pengaulan aku,begitulah…respon daripada masa sekarang, dia ada tajuk, nak close dengan politik punya point ,bagi aku boleh, tak salah, memang boleh…mungkin sekarang aku respon dengan sekarang punya scene kan, dengan surat khabar la, berita la…
Ali:                  ok!, contentnya datang sekali ke ketika hang lukis jorn?
Jorn:               yes!, dan memang aku nak macam itu ali, aku bukan nak kena sketch ikan letak sini..sini…sini…, tak aku memang bukan macam itu ali, dan aku tahulah ada setengah artist macam itu, tapi aku pula bukan macam itu, tak apalah…masing – masing punya style la kan?.
Ali:                 ok, jadi apa kepentingan sketch pada painting pula?
Jorn:               momentum ali, memontum…maksudnya aku tak refer mana-mana sketch dah…sketch itu adalah cara aku nak start momentum sahaja.
Ali:                  tapi idea tu berkembang masa sketch tu la ya?
Jorn:               memang aku bukan jenis refer sketch, sebab aku terus buat besar punya…bila aku start buat sketch aku terus buat besar punya … saja aku nak tengok, aku boleh main tak dengan space, aku ikut sahaja…tapi masa itu memang penat la, kadang-kadang tak jadi dua tiga keping, duduk cari, duduk tengok…
Ali:                  ok jorn, aku nak tanya kat hang ni, artist akan cerita berdasarkan pengalaman dia, melihat situasi, macam cerita pasal coreng ini nak kaitkan dengan situasi semasa, tapi apa benefit nya ?..contohnya jangan cerita tentang jual karya ya, kita cerita tentang orang yang menghargai karya seni, apa benefit pada mereka?
Jorn:               hang spesifik kat aku ataupun hang tuju dekat siapa tu?, maksudnya hang spesifik kat painting aku ni?
Ali:                  dekat hang lah jorn..hahaha
Jorn:               ok ali!..aku tak target orang biasa pun, Even yang aku boleh cakap, coreng ini siri dia memang keras sikit, dia punya colour dia, inilah visual dia, memang keras, memang nak compare dengan siri sebelum ini, ini lagi hardcore sikit, aku buat work bukan untuk yang tak faham, takkan hang nak kata aku salah sebab aku buat benda ini? sebab memang macam tu ali, kalau tanya artist lain pun mungkin ada yang fikir tentang target audien dia, tapi aku target orang yang betul – betul faham art, memang ada orang yang tak faham pun ali.. bukan tak faham pun ali, tapi dia orang akan cakap, ooi apa ini buat painting macam ini. Hang kalau pergi mana – mana show sekarang kan, artist – artist buat work sekarang ini painting dia mesti cantik, painting mesti realist, figure, figuratif macam perfect…ini antara respon aku juga melalui coreng ni
Ali:                  kalau coreng ni dari satu painting ke satu painting adakah ada kaitan sama atau terpisah?
Jorn:               dari segi style memang berkaitlah, dari segi content berkait juga, kalau orang tengok tajuk – tajuk siri coreng ni dia pun dalam circle tulah
Ali:                  Jorn, aku tengok imej dia kembali – kembali kepada benda itu jugalah jorn?
Jorn:               betul!, betul, aku tak nafikan…sebab mungkin keadaan aku kat sini, mood aku, aku rasa aku teringin untuk tukar imejnya tapi tak tahu la…aku hanya menunggu, samada aku tukar tempat ataupun aku keluar dari area ni… aku tahu, aku tahu, benda itu memang aku perlu, tapi masa la…kalau hang perasan macam itu… betulah… dia dalam lingkungan itu sahaja….sebab bagi aku benda ini yang paling close dengan aku…
Ali:                  kali ini medium oil paint ye jorn, sepenuhnya ?
Jorn:               yes…sebelum ini ada oil juga, tapi campur – campur …oil puas hati ali, tapi penat ali. Penat, dengan bau satu hal, kena sabar… Oil ni magic juga tau, bagi aku magic…macam satu part tu tak menjadi, aku tengok kacau betul part ni….jadi aku buat benda lain dulu..tapi lepas seminggu…bila dah kering yang kacau tadi pula best, yang kacau – kacau ini pula menarik…bila kering lain pula rupanya…sebab oil ni hidup...proses dia kecut tu kan, benda itu yang mahal… dia punya sifatnya, hang nak kena faham…dan bagi aku benda itulah yang memenatkan aku bila nak siapkan siri ini…kalau work aku ni guna akrilik, mix sikit ke, mungkin masa buat work coreng ni aku tak demam rasanya…hahaha
Ali:                  ni pameran solo hang yang ke berapa Jorn?
Jorn:               ni pameran solo aku yang ke 9, bulan 8 nanti akan ada satu lagi pameran solo aku kat singapore
Ali:                  Jadi dua kali solo la tahun ni Jorn?..hahaha
Jorn:               a’ah, dua kali, orang nak kata apa, kata la..hahahah,…eh air hang ali
Ali:                  ok john, tq, eh aku pun nak kena gerak ni jorn, nak jumpa anuar (khairul Anuar- penolong kurator Galeri Shah Alam) pula, ada sesi lain plak..hahaha..ok jorn..aku gerak dulu..terima kasih ..assalamualaikum..
(sambil berjalan mengiri aku ke kereta)
John:              waalaikumsalam ali…bila senang mai la lagi…malam besok pameran aku kat taksu ali…hang senang mai la…
Ali:                  ok Jorn, insyallah…



Thursday, September 12, 2013

AN EVENING WITH ZULKIFLI YUSOFF

Semua gambar adalah hak milik Marfizul Azuan Marsuki. Thanks bro













Wednesday, September 11, 2013

ZULKIFLI YUSOFF - MENANAM AKIDAH MELALUI KARYA SENI

Penulisan ini di hasilkan untuk bicara seni di Galeri Petronas pada 12 september 2013 sempena dengan pameran Zulkifli Yusoff - Merdeka ( A Work in Progress)



Zanita Anuar
Zanita Anuar adalah orang yang bertanggung jawab untuk aku mengenali Zul dengan lebih rapat lagi. Walalupun sebelum ini aku hanya mengenali Zul melalui karya-karyanya sahaja. Sewaktu aku baru saja memegang jawatan Kurator (kurator novis) la di Balai, aku di beri tanggung jawab untuk menguruskan pameran Solo Zul. Perghhhh, macamana nak buat, aku ingat dia nak bagi aku curate artis muda atau pameran berkumpulan, tapi tidak, terussss..."Erry , U handle pameran solo Zul yer"...tak hingaatttt. Tapi waktu tu nasib baik la, sebab di beri kurator senior untuk membantu aku yang kurator novis ni. Macam program Mentor tu la " tunjuk ajar ku sifu". Ameruddin Ahmad menjadi kurator senior yang akan memimpin dan membantu aku untuk melaksanakan pameran solo Zul waktu itu. 
Amerrudin Ahmad
Walaupun ada kurator senior yang membantu, tapi aku cuak jugak, yerla Zul bukan lah nama kecil dalam industri seni lukis Malaysia. Pemenang dua kali Bakat Muda Sezaman, di tambah pula dengan cerita-cerita yangtak best daripada individu-individu tertentu mengenai Zul. Tahu sajalah ARTIS, semua ada fe'el nya sendiri. Pada permulaan pameran Zul, banyak perbincangan yang di lakukan antara Amer dan Zul, takpelah, mungkin Zul lebih mengenali dan rapat dengan Amer. Maklumlah, aku kan  kurator novis ntah dari ceruk mana pulak nak handle pameran Zul ni. Jadi pada peringkat permulaan memang banyak perbincangan antara Zul dan Amer sahaja. Sehingga kan tajuk pameran NEGARAKU tu pun adalah hasil perbincangan antara mereka berdua.




Sehinggalah pada satu hari aku dan Amer pergi ke rumah Zul di Tanjung Malim, Perak. Waktu sampai ke rumah Zul, sama sekali apa yang diceritakan mengenai perkara tak best oleh individu tadi hilang serta merta. Zul sangat bersifat welcome, menjamu kami dengan hidangan makanan, bercerita tanpa henti tentang isi NEGARAKU. Buat seketika aku cuma observaseni sahaja apa yang Zul katakan. Tanpa sebarang kata-kata yang keluar dari mulut ku. yang banyak berbicara adalah Amer dan Zul. Aku tetap memerhati, aku nak tau apa sebenarnya yang Zul nak cakap dalam Negaraku. Sehingga ke ruang Seri Gala Art Space Zul kami bertandang. Waktu tu Seri Gala tak macam sekarang, waktu tu cuma ada satu rumah penginapan sahaja, Sekarang dah lain, semakin hebat dan maju. Kat situ aku boleh lihat bertapa bersungguhnya Zul dalam kerja-kerja berkeseniannya. 


Zulkifli menceritakan wawasannya terhadap Seri Gala Art Space sewaktu kali pertama kami berkujung ke situ.
Nak dijadikan cerita, memandangkan aku menyambung pelajaran ku di peringkat Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, maka keraplah aku bertandang ke rumah Zul. Adakalanya aku tidur di ruang studio Zul melukis dan di bantu oleh artisan Zul waktu itu Liu Cheng Hua. Biasanya aku akan sampai di Tangjung Malim pada malam jumaat, sebab kuliah ku pada waktu Malam, habis kuliah, aku akan tumpang tidur yang biasanya di studio Zul. Waktu itu lah menjadi waktu Zul menceritakan segalanya berkaitan gagasan yang hendak di bawa dalam NEGARAKU. aku menjadi pendengar setia, yerla nak tahu cerita artis bukan mudah, tapi aku respect Zul, walaupun dia baru kenal aku, tapi dia memberi kerjasama yang sangat baik dalam merealisasikan NEGARAKU. jadi waktu aku bersama Zul bagi membincangkan NEGARAKU adalah jumaat malam dan sabtu pagi sebelum aku ke kuliah, setiap minggu. 





Liu Cheng Hua. Antara artisan Zul yang sangat setia
Setiap kata-kata Zul aku rakamkan dalam voice recorder. Oleh kerana aku berulang alik dari KL ke Tangjung Malim dengan Keretapi, jadi aku punya waktu untuk mendengar semula kata-kata Zul dalam gerabak Keretapi. Dari situ aku mula simpulkan apa keinginan Zul dalam penulisan pengentar kurator ku dalam Katalog NEGARAKU. Aku mencuba membantu Zul untuk menerangkan pengalaman dan keinginannya melalui penulisan ku. 


Katalog Negaraku



Semangat kenegaraan Malaysia Zul sangat kuat. Setiap kali kami berjumpa waktu pameran NEGARAKU ini sedang diuruskan, setiap kali Zul bercerita tentang hubungan keluarga, ekonomi hingga negara.


karya Don't Play During Maghrib 1996, Koleksi Balai Seni Visual Negara

Karya Don't Play During Maghrib antara karya yang masih saya ingat dan mungkin semua peminat seni mengingati karya ini. Karya yang menjadi tanda kekuatan dan tanda hormat pada ajaran ayahnya yang melarang bermain di waktu maghrib, macam-macam ada waktu maghrib, waktu maghrib juga waktu yang sesuai untuk semua ahli keluarga berkumpula dan bersolat jemaah serta sebelum maghrib juga anak-anak sudah harus pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke surau. Atau karya ini ada kaitan dengan seseorang yang mengingatkan Zul dengan waktu maghrib, rahsia itu masih belum dibongkar, sebab ada teman-teman yang lain mempunyai versi cerita lain berkaitan karya ini. Itu kena tanya Zul secara detail. Insha Allah, satu hari nanti aku akan bedah secara mendalam berkaitan karya ini.


Kisah-kisah peringatan ini mengingatkan aku membaca sebuah kitab sirah.  Kisah kehidupan Nabi Isa yang akhirnya diangkat kelangit sehingga menjadikan para pengikut setianya berpecah, murtad dan berbalah berkaitan pandangan agama mereka. sehingga kan kaum mereka membuat lukisan di dinding-dinding gereja sebagai salah satu cara untuk menanamkan akidah yang harus dipertahankan oleh anak cucu mereka.

Akidah adalah berpegang, percaya dan yakin kepada sesuatu kuasa. Ia sangat terkait dan sering kali dilihat pada sudut pandangan keagamaan, dan setiap agama mendorong manusia untuk menjadi seseorang agar beriman. Bagi orang islam, akidah adalah sesuatu bentuk kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T dan Rasulnya sehingga seseorang manusia itu patuh dan taat pada segala ajaran dalam corak hidup kehidupan manusia itu. Ia membentuk keperibadian manusia.

Bisa juga aku katakan bahawa akidah juga bisa dibina untuk negara. Sekiranya dari sudut pandangan agama, akidah bisa ditanam melalui rukun iman, maka dari sudut kenegaraan, rukun negara telah menjadi salah satu cara menanam akidah kepada masyarakat sesebuah negara. Tujuan nya adalah untuk  dipelajari dan difahami oleh manusia agar hidup dalam kesejahteraan. 

Soalnya bagaimana pula akidah ini ditanamkan. Terdapat banyak pendekatan yang digunakan, antara yang paling utama bagi penganut agama Islam, akidah ditanam melalui ajaran Al-Quran dan Hadith. Bagi agama kristian - Bible / kitab Injil, bagi agama Hindu - Veda, agama Buddha - tripitika, dan sebagainya. Ini menjadi bahagian bentuk penerapan dan panduan kepada manusia supaya berakidah dan seterusnya beriman. Sementara ia diajarkan dan dipandu berdasarkan bahasa verbal dan teks. Iaitu cara paling cepat dan mudah untuk mempelajari dan memahaminya kerana bersifat nyata. 

Namun tidak ketinggalan, bahasa visual - iaitu melalui gambar, lukisan, arca, teks visual dan sebagainya juga turut menjadi materi penyampaian untuk menanamkan akidah kepada manusia sejagat. tidak sekadar hanya berpandu pada syarahan dan ceramah yang bisa kita dengari di masjid, surau atau kuliah khas di mana-mana. Zulkifli antara pelukis yang berdakwah menggunakan materi seni visual. dia  Berbahasa melalui visual. Dia menerangkan mana yang jahat, mana yang baik. Dia menerangkan keluarga adalah paling utama. Dia menerangkan penjajahan membentuk perilaku manusia. Dia menerangkan Kemerdekaan adalah perkara pahit dan Manis. Dia Menerangkan ilmu adalah terpenting dalam kehidupan manusia. Zulkifli telah mencuba berdakwah melalui karya seni nya. 

Aku kira lebih awal karya-karya Zul yang mencuba menanam akidah melalui karya seni visual. Tetapi paling cermat aku dapat melihat dari karya Don't Play During Maghrib, Itulah Tandanya Hari Nak Siang, Subuh, Demi Masa, Malay series, Icon Series, Merdeka 57, Aku, Ayah dan Lagu Patriotik,  Negaraku Series, Pendita, dan Rukun Negara Series yang salah satunya karya Merdeka di Galeri Petronas ini. Semuanya cubaan Zul untuk menanam akidah kepada pemerhati melalui pengalaman nostalgicnya. 

Aku, Ayah dan Lagu Patriotik, 2010
Merdeka 57, Koleksi Balai Seni Visual Negara
Peace, 2010
 
Pendita, 2011. Koleksi Aliya dan Farouk Khan


Merdeka. Koleksi Galeri Petronas
Dari cerita-cerita keluarga, kasih dan sayang, kehidupan siang dan malam, kepentingan masa dalam kehidupan orang islam, cerita-cerita sejarah yang mengajar kekerasan penjajah hingga memerdekakan negara MALAYSIA, kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia dan sebagainya. Zul membaca dan meletakkannya dalam karya. Zul seorang pendakwah bebas secara diam-diam walaupun pernah AMOK seketika dulu. 




Penulisan di bawah boleh di lihat juga dalam Katelog Pameran Solo Zulkifli Yusoff - Negaraku