Tuesday, August 27, 2013

HIPOTESIS KURATORIAL BMS 2013 - MULA BERGERAK


Akhirnya satu tanggung jawab kuratorial BMS di perkembangkan. Tahniah atas pertimbangan untuk menjalankan  tanggung jawab tersebut.


Penulisan ini telah di terbitkan oleh BSVN dalam Senikini #19


`

Wednesday, August 21, 2013

MEMBEDAH PAIMAN




Penulisan ini telah di terbitkan oleh Balai Seni Visual Negara di dalam Senikini#03

TIBA GILIRAN KURATOR MUDA BERPERANAN DALAM SENI RUPA MALAYSIA


Penulisan ini telah di terbitkan oleh Balai Seni Visual Negara di dalam Senikini#16

APA KABAR KAMU LIU CHENG HUA



Penulisan ini telah di terbitkan oleh Balai Seni Visual Negara di dalam Senikini#16

ANTARA BIBIT AWAL MENULIS

Beberapa penulisan awal aku yang telah di terbitkan oleh Balai Seni Lukis Negara (sekarang Balai Seni Visual Negara) dalam Majalah SET (Risalah Seni Tampak). Macam biasa, bila di lihat balik banyak la kelonggaran penulisan-penulisan aku dulu. Apapun terima kasih Majidi Amir yang membikin ini SET.















Sunday, August 18, 2013

PERSATUAN POLITIK YANG CINCAI BONCAI, PERSATUAN SENI JANGAN JADI BEGITU

Semalam sempat aku menghadiri satu mesyuarat parti politik. Sememangnya aku tak pernah minat untuk turut serta dalam arena politik, walaupun emak dan abang aku sangat kuat dalam memperjuangkan persatuan politik ini. Jadi kalau aku ke rumah Mak, jangan sesekali mempertikaikan persatuan politik ini, silap-silap bolah jadi anak derhaka aku bila bertekak pasal parti politik ni. hahahaah. Dari kampung setinggan hinggalah ke rumah burung, aku sampai sekarang masih tak faham mengapa mereka tetap menyokong dan kekal dengan parti politik ini. Ada masanya mereka bercakap parti politik ini telah banyak berjasa kepada rakyat, banyak membantu....hehehe sebab tu dari rumah setinggan ke rumah burung agaknya (rumah burung ni rare sikit pasal ada lift)hahahaah....yang rumah batu 2 tingkat semua kaum lain yang duduk. 

Jadi semalam buat pertama kalinya aku turut serta dengan mesyuarat tahunan parti politik ini. Mesyuarat di bawah khemah...hahahhah setelah tertubuh lebih 50 tahun parti politik ini, cawangannya cuma mampu bermesyuarat di bawah khemah, hahahaha, apa ke hal nya yop oiiiiii. Jadi berkumpul lah kami yang muda-muda ini, bermesyuarat dengan di pengerusikan oleh orang lama yang cakap pun dah tak berapa nak kuat. Oleh sebab orang lama, ikut jerla....hahahaah. kami bermesyuarat untuk memlih calon-calon baru untuk jawatan ketua pemuda hinggalah ke AJK. Aku rasa tak sampai 20 orang pun pemuda...hahahah...kalau nakdi  ikutkan baris dan tingkat rumah burung tu, aku kira lebih 100 pemuda yang ada, tapi yang daftar cuma kurang 20 orang, itu pun yang datang tak sampai pun 20. Apa kome semua nak jadi ni..... aduiiiiiii....

jadi pemilihan pun dibuat, macam-macam la ceritanya, ada yang tak sebulu, itu baru kurang 20 orang dah tak sebulu, belum lagi 100 orang...hahahha,....mampuih la parti politik ni, itu anak-anak muda. Pelik juga, bagi aku anak muda harus berani kehadapan untuk berjuang, bukan bersikap sentimen macam orang tua, hahahaha. Nasib kome ler....Yang menarik lagi cara mereka menjalankan mesyuarat dan pencalonan untuk wakil-wakil bagi cawangan politik nampak benor macam tak profesional, cincai boncai, calon calon, sokong-sokong, majoriti-majoriti, heheheeh...apa ni brader persatuan dah lebih 50 tahun tapi apa korang buat selama ni, sebab tu kome tak maju. Maka setelah semua pemilihan dibuat, bermula lah acara syarahan dari orang politik lama katanya...hahahah...macam biasa, ahli politik luahan perasaan dan ahli politik cerita sejarah susah yang silam...oiiiiii...orang dah tanak dengar semua tu, aku ngaji sampai universiti, guru aku cakap kalau setakat nak cerita sejarah silam dan luahan perasaan, kome takan kemana yop oiiii.....apa gagasan kamu  semua....apa dia, nak bawak ke mana manusia yang duduk kat rumah burung ni? takde...ilek, tarapuchik, apa pun tak boleh bak kata jambu. kita ni sudah abad ke 21, orang dah naik ke bulan, kita dok citer sentimen dan rasa sedih kita ...hahahaha....jahanam.




Bila perkara-perkara ini berlaku, aku teringan persatuan-persatuan seni lukis/visual/ rupa yang kini kian aktif antaranya APS, GAPS, PERUPA dan sebagainya. Aku harap persatuan seni ini tidak akan jadi macam persatuan politik yang aku hadir ke mesyuarat nya semalam.  Jangan lah kerana kita rasa kita sudah lama, atau kita sudah otai, atau kita lebih berpelajaran, maka semua orang dilihat salah, kecil, tak diperlukan dan tak penting.  Nak haabq mai, negara demokrasi ni pakai undi, satu undi tu pun di kira penting, tapi kita jangan nak kira undi ja, nilai hubungan manusia itu yang paling tinggi dan penting. Hablumninannas...dah lupa ke semua tu, apa salahnya yang tua hormati yang muda, yang muda hormati yang tua, takdak sapa pun rugi....ni lah penangan politik dan kuasa. Cepat benar nak rasa angkuh dan riak, yang akhirnya rakyat semua berpecah belah, pastu apa pun tak boleh!

selamat bepersatuan, rakyat di dahulukan, pencapaian pun kena ada standart.

Saturday, August 17, 2013

KEBODOHAN SYIAH DAN PEMBUNUHAN DI MESIR SEHEBAT SENI NYA

Ahhh, penat la dengan cerita diorang ni, tak sudah-sudah. Setiap kali aku ke masjid, mesti cerita pasal syiah, termasuklah di laman facebook. Yang terbaru geng syiah makan tahi imam, hahahah, apa ke tololnya. Punya banyak makanan yang tuhan ciptakan kat dunia ni, tahi juga yang paling sedap buat mereka. kahkahkah

Mesir pula tak sudah-sudah dengan kerja bunuh membunuh. Padatla berita peperangan mereka keluar di media massa. Aku tak pasti sangat tentang peperangan mereka ini. Namun aku peracaya, bukan kesedihan pembunuhan itu yang harus diratapi, tetapi sebab penyebab pembunuhan itu yang harus diteladani. Semua kejadian di alam semesta ini, tuhan sudah tentukan. Sebab itu Allah menurunkan al-quran dengan pelbagai kisah-kisah yang harus diteladani oleh manusia untuk tidak di ulangi kembali. Maka memang benarla kata ramai orang, " nak tau kenapa nabi dipilih dikalangan orang arab, sebab orang arab paling teruk, bodoh dan jahil", sebab itu Nabi Muhammad dipilih dari golongan keluarga arab yang baik untuk menunjukkan jalan yang lurus kepada golongan keluarga arab yang kebanyakkannya bodoh. wallah hu aqlam.

Tapi apa boleh buat. sampai la ni depa tetap bodoh, walaupun mereka ada ulamak-ulamak besar dan universiti islam yang mengajarkan hukum hakam dalam perlaksanaan kehidupan sebagai seorang islam kepada pelajar diseluruh dunia termasuklah pelajar dari Malaysia. Mereka tetap berbunuhan. Semangat  firaun tetap ada dalam diri mereka. Oppsss, sebenarnya depa ni tak bodoh. 

Kehebatan seni bina mesir tidak pernah di lupai atau lekang dari bibir ahli sejarawan seni. Senibina Piramid, Sphinx, arca Nefertiti antara dan catan mesir, karya seni mesir yang saya masih ingat akan kehebatan pencitraanya.
Saqqara Pyramid
Great Sphinx
Nefertiti
Egypt Painting
Sesungguhnya karya-karya seni dalam tamadun Mesir jika diteliti, ia telah membunuh akal rasionaliti. Bagaimana manusia mesir bisa membangun seni mereka jika di rasional kan dengan kondisi tubuh fizikal manusia masa kini, dengan keberadaan dan material mesin masa kini. Pelbagai usaha di lakukan oleh sejarawan untuk rasionalkan keadaan waktu itu bagi membenarkan tentang bagaimana mereka membina karya seni mereka yang mengagumkan manusia masa kini. Namun begitu, sejarah bisa berubah mengikut pandangan ahli sejarawan yang berbeza-beza. kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Karya seni yang mereka tinggalkan membuktikan, mereka bukanlah dari golongan orang yang bodoh, malahan lebih bijak. Mengapa perluasan kuasa syiah dan pembunuhan masih lagi berlaku pada masa kini sedangkan tinggalan warisan nenek moyang mereka menunjukkan mereka adalah golongan yang mempunyai kesenian yang halus. Mari kita ambil iktibar ini, bahawasanya, memang benar kita bersedih dengan pembunuhan umat islam dan masyarakat awam Mesir, tetapi, jangan lupa mengambil pengajaran dari kesilapan mereka yang mungkin bisa berlaku pada negara kita. Sememangnya mereka ini terkenal dalam membentuk mitos melalui imaginasi mereka. Mereka telah berjaya mencitrakan imaginasi mereka secara rasional dan nyata kepada kita semua terutama umat islam.

Syiah dan Pembunuhan di Mesir adalah satu perkara yang menakutkan dan perkara yang paling sekali ingin di elak oleh kita di Malaysia. Namun mereka tetap membenarkan ini semua berlaku sebagai salah satu cara untuk meletakkan diri mereka lebih kehadapan dan lebih di sanjungi oleh dunia dengan keganasan dan kekuasaan mereka. Begitulah juga bagaimana mereka membentuk seni mesir, kaedah senibina yang besar dan membatasi rasional telah meletakkan rasa kagum dengan pembuatan kerja tangan mereka. Namun begitu, itu semua sudah selesai dan biarkan seni menjadi bukti sejarah kekuatan, kekuasaan dan semangat mereka. Kini, bagi melestarikan semangat itu, cara yang lebih berkesan adalah dengan perjuangan Syiah mereka dan pembunuhan umat islam di dunia. mereka tidak perlu gusar lagi untuk mencari ahli sejarawan terbaik untuk menceritakan kejahatan mereka, mereka cuma perlukan Mark  Zuckerberg dan media massa untuk memperluaskan cerita mereka. 

Semoga Allah rahmati MALAYSIA

Wednesday, August 7, 2013

PROJECTOR YANG MEMBUNUH MASTERPIECE


Sudah lama saya ingin tuliskan hal ini, tetapi tidak berkesempatan untuk mencatitkannya. Jadi sehari sebelum raya sambil melihat isteri dan kak ipar mengemas rumah, saya gunakan kesempatan untuk menulis perihal ini. hehe...

Memang seorang pelukis tidak harus ketinggalan dengan teknologi. Memang projektor menjadi materi penting bagi pelukis-pelukis kini. Untuk apa?, untuk memudahkan dan untuk mempercepatkan. Sehinggalah karya seni lukis bisa menjadi mass production walaupun berlainan idea, bahan, imej dan sususan. Tdak ada salah dan benarnya di sini. semuanya bisa selagi sebuah lukisan boleh di jual dengan cepat untuk membantu artis menjana pendapatannya.

Teringat pula saya pada sejarah seni dunia sewaktu belajar dengan Dr. Muliyadi Mahamood dan Dr. Dzulhaimi di ITM dulu, ataupun membaca buku-buku sejarah seni. Mengenal karya-karya Da Vinci, Michelangelo, Delacroix, Jan Vemeer dan sebagainya yang melukis secara realist. Bagaimana bisa mereka-mereka ini menghasilkan karya pada waktu itu, memakan masa melebihi setahun adakalanya untuk menyiapkan sebuah karya. Adakalanya kita terpegun pula dengan saiz karya-karya besar mereka yang membingungkan dan mengagumkan kita. Sehingga kita anggap setiap karya mereka merupakan sebuah karya yang masterpiece. Adakah bahan atau alatan yang membantu mereka untuk mempersiapkan kerja lukisan tangan mereka dengan cepat dan pantas dan berkualiti.

Setiap karya mereka punya cerita tersendiri yang bisa dihuraikan oleh ahli sejarawan mereka satu persatu. Itulah kelebihan karya masterpiece. Saya tertanya kembali berapa banyak pula karya masterpiece yang ada di Malaysia?. Adakah karya-karya yang hanya tersimpan di arkib repositori kepunyaan Balai Seni Visual Negara itu merupakan karya masterpiece, atau ada pada intitusi lain, atau  pada individu lain?. Kalau ada bagaimana ia di anggap atau di nilai sebagai sebuah karya masterpiece.

Leonardo Da Vinci
Delacroix
Jan Vemeer
Bila bersama-sama teman artis, maka banyak lah keluar cerita-cerita panas berkaitan, "oooo artis ni pakai projektor", " hmmm biasala nak cepat, kena la pakai projektor", "projektor penting, agar kita tak ketinggalan teknologi", "tak salah pun pakai projektor, benda dah ada", "aku tak boleh la pakai projektor, rasa macam tak jujur". Semuanya antara perkara yang sering di katakan berkaitan melukis menggunakan projektor, sehinggakan anak-anak di sekolah seni kini sudah mula didedah dan diajar untuk menggunakan projektor untuk mempercepatkan kerja melukis. Tak ada salah atau benarnya.

Atas sebab desakan putaran masa yang kian laju, maka kerja melukis kita pun turut ikut untuk jadi laju. Tetapi pernahkah kita terfikir, bahawa perubahan ini sedikit sebanyak telah membunuh sebuah karya untuk menjadi masterpiece. Saya percaya bahawa setiap karya yang masterpiece punya cerita isi dan makna tersendiri, punya cerita pembikinannya tersendiri, punya cerita passion artis nya tersendiri, punya cerita rakaman semasa yang tersendiri, punya cerita pengolahan yang tersendiri, punya cerita kerja tangan yang tersendiri. Kesemuanya ini dibina demi memberi nilai kepada sebuah karya masterpiece. Sehinggalah sebuah karya itu dipersembahkan atau dipertontonkan kepada masyarakat untuk di nilai pula oleh masyarakat. Bukan itu sahaja, malahan sebuah karya masterpiece bisa diberi intepretasi dan pembinaan sejarah pelbagai yang ditulis oleh ahli sejarawan, kurator atau pengkritik seni. Sehingga itu juga karya yang sama turut mempunyai cerita dan sejarah yang sentiasa di beri nafas baru oleh ahli sejawan, kurator dan pengkritik seni. Ini bukan lagi hanya soal menjual, tetapi ia lebih bernilai dari itu, ia soal meletakkan karya seni masterpiece sesuai dengan setiap zaman. 

Kita masih ingat dan kenal karya-karya lama Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, Hoessein Enas, Mazeli Mat Som, Amron Omar, Jalaini Abu Hassan, Ahmad Zakii, Bayu Utomo Radjikin, tetapi tidak semuanya. Berapa banyak karya yang telah mereka hasilkan?. Yang lebih di kesali lagi, berapa banyak karya seni lukis kini yang kita kenal dan ingat, yang mana ia akan diletak dalam buku sejarah seni Malaysia?. Kini lebih banyak galeri-galeri yang wujud, lebih banyak artis muda yang muncul, lebih banyak pameran yang dibuat, lebih banyak karya yang dihasilkan, dan lebih banyak karya yang siap cepat dengan bantuan projektor. Maka lebih banyak karya yang kita tak ketahui dan ia akan memberi kesan kepada sejarah seni lukis malaysia. Tapi berapa banyak karya seni yang masterpiece dan berkualiti. Kesan yang baik, mungkin seni lukis malaysia melahirkan ramai artis, menghasilkan banyak karya seni, dan ekonomi seni lukis Malaysia turut berkembang. Kesan yang oposisi pula, di mana karya seni lukis artis malaysia yang masterpiece yang mampu diletakkan sesuai dengan setiap zaman. 

Abdullah Ariff
Hoessein Enas
Bayu Utomo

Monday, August 5, 2013

SENI MAMPU MENGGONCANG MANUSIA

Sebentar tadi  aku sempat  membaca blog ngadapseni, milik kenalanku di ASWARA, chekem. tajuknya NAMEWEE TAK BODOH. isunya berkaitan menteri baru kementerian pelancongan dan kebudayaan membidas budak hingusan ini berkaitan penangguhan tayangan filem The New Village.


 
Lantas aku teringat kata-kata guru ku Bapak Tjetjep Rohendi Rohidi, "Seni itu kalau dibataskan maka hilanglah kreativitinya". Apa maksudnya?, sehingga aku tersadar bahawa, seni itu bisa menggoncangkan manusia samada dari sudut agama, politik, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Mengapa?, inilah antara contoh kecil yang berlaku di Malaysia, bahawa seni mampu untuk menggoncangkan manusia malaysia malahan ahli politik. Tidak kira filem Tanda Putra atau The New Village atau karya seni lainnya, Ia bisa menakutkan suasana sosial politik malaysia. kerana cuba menjaga kepentingan sensetiviti kaum yang pelbagai di malaysia, karya seni filem itu harus ditapis  sebelum di benarkan untuk tayangan umum. Selepas ditapis dan dipotong sana sini, maka hilanglah kreativitinya seperti mana yang diperkatakan oleh bapak tjetjep. Malahan aku masih teringat kisah karya seni lukis kontroversi  Ibrahim Hussein, bertajuk 13 May yang masuk ke ruang perdebatan parlimen, atau kes saman Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal berkaitan arcanya 'lunar peak' ke atas DBKL.  Semuanya tentang karya seni. jadi mengapa mash ramai menganggap seni hanyalah sebuah bidang yang tidak penting?.


Karya Syed Ahmad Jamal - Puncak Purnama
Maka itu seni tidak boleh lagi dianggap bidang tempelan atau bidang secondary atau bidang minor di universiti-universiti. Seni bisa menggoncang dunia dan manusia sepetimana mana karya Delacroix menyemai semarak api revolusi perancis. AWAS, SENI TIDAK SEKADAR ESTETIK, MALAHAN LEBIH DARI ITU. Seni adalah materi yang berhubungan, ia tidak berdiri sendiri, ia mengajak kita berfikir secara imaginasi dan rasional, ia mengajar kita mengenal kecantikan dan kebodohan, ia mengajar kita mengecil dan mendewasa, ia mengajar kita mencari perbalahan dan kesejahteraan, ia akan berputar mengikut zaman, seni bisa menggoncang dunia. Jangan sampai seni menyemai semarak api perkauman di malaysia, kerana titik itu sudah pun aku kira mula ditandai. Ia bisa meletop!