Friday, September 20, 2013

APA SALAHNYA KARYA KONSEPTAKJUAL




Apa salahnya dengar karya konseptajual...heheeh... asik konsep jual jer..faham ke apa konseptual..jangan main sebut aje pandai..heehe. Bila teman menyoal takan macam ni jer karya kau, Ha!, macam ni la, kau nak macamana lagi?. Takan tak frame?..perlu ke aku nak frame?. Habis tu kalau tak framing macamana nak jual?. Yang ni karya aku KONSEP TAK JUAL..hahahahaahh

Apa tajuk karya saya ini?. Tajuknya “Yang Mana Kita Ni?”. Apa medium yang digunakan dalam menghasilkan karya ini?. Mediumnya cuma 4R paper foto dan sticker. Teknik karya ini bagaimana pula?. Saya minta kawan saya iaitu Shahril Nawawi menggunakan software adobe photoshop untuk imposed gambara kepala saya ke gambar badan Ai Weiwei. Jadi yang buat adalah Shahril dan yang memberi idea adalah saya. Apa pula kena mengena gambar Aiweiwei dengan karya saya pula?. Sebenarnya gambar ini merupakan karya Aiweiwei yang bertajuk “Dropping a Han Dynasty Urn, 1995”. Karya Aiweiwei itu merupakan tindakbalas dan komentarnya terhadap nilai kebudayaan dan sejarah sosial apabila berlaku perobohan tempat-tempat bersejarah oleh kerajaan China bagi tujuan pembangunan semula bandar. Karya Aiwewei telah meransang pemikiran saya dan mendorong untuk menghasilkan karya saya pula. Apa yang saya buat adalah mengambil semula gambar karya Ai Weiwei ini dan manipulasinya. Apa yang dimanupilasi?. Saya tukarkan gambar kepala Ai Weiwei dalam karya tersebut menjadi gambar kepala saya. Bentuk lain dalam gambar tersebut saya kekalkan. Jadi apa pula ceritanya setelah dimanipulasi gambar karya tersebut?. Saya suka imej representasional ketika saya memegang sebuah pasu, melepaskan sebuah pasu dan pasu yang pecah. Saya menyoal akan pegangan kita terutama dalam perjuangan seni rupa. Apa yang kita pegang selama ini?, apa yang kita lepaskan selama ini? dan apakah yang kita telah pecahkan selama ini?. Adakah ia berkaitan tradisional, adakah ia berkaitan moden, adakah ia post moden atau adakah ia kontemporari?. Jadi saya simbolkan semua persoalan ini dengan membentuk semula secara representational melalui susunan 36 keping gambar bersaiz 4R dalam bentuk pelbagai. Susunan gambar ini pula merupakan sebuah penyataan bahawa kita sentiasa berada dalam keadaan yang tidak tetap. Ada masa kita pegang, ada masa kita lepas, ada masa kita pecahkan, ada masa kita guna, ada masa kita simpan, ada masa kita tangkap, ada masa guna semula, ada masa kita tradisional, ada masa kita moden, ada masa kita post moden, ada masa kita kontemporari., ada masa kita apa?. Visual teks pula sebagai pendokong kepada karya ini dalam bentuk penyataan dan persoalan kepada kita semua. Bagi saya perkara ini sangat penting kerana kitalah yang mencorak sejarah seni rupa Malaysia.














Karya Ai Wei Wei 






No comments: