Tuesday, March 13, 2012

KURATOR PERLU KENALI ARTIS, BENAR KAH?

Baru-baru ini saya menemui sebuah article di dalam keratin akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Januari 2012. Article tersebut telah ditulis oleh Ahmad Syahril Zulkeply dengan menggunakan tajuk besar article tesebut sebagai “KURATOR PELU KENALI ARTIS”. Saya tahu bahawa article ini laporan  terhadap satu pameran yang di adakan di Galeri Chandan iaitu pameran “Processing Form” yang dikurasikan oleh Prof. Madya Jalaini Abu Hassan (Jai). Namun begitu, apa yang membuatkan saya tertarik untuk bereaksi dengan penulisan ini adalah pernyataan-pernyataan yang telah dikeluarkan oleh jurnalis ini ataupun  Jai sendiri melalui quote-quote nya. Penulisan saya ini bukan bermaksud untuk menunjuk pandai atau untuk mencari kesalah sesiapa tetapi sekadar  berkongsi pandangan dan pendapat yang mungkin dapat memberi pandangan lain kepada para pembaca. Oleh itu secuba mungkin untuk saya menerangkan perkara-perkara yang mungkin bercanggah atau benar melalui article akhbar yang telah diterbitkan ini, sebagai pedoman kepada saya sendiri mahupun kepada pembaca lainnya.
Saya juga telah menyediakan article akhbar seperti yang dipaparkan untuk pembacaan anda semua. Sekarang ayuh kita mula bicarakannya. Jurnalis tersebut telah memulakan ayatnya seperti berikut:-
1.      “Kerjaya sebagai seorang Kurator kesenian mungkin agak kurang diminati golongan muda”
Kurator- pada mana-mana definisi nya yang mudah sering diperlihat sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap koleksi, memilih karya atau pelukis dan membangun pameran, menulis mengenai karya. Sekiranya anda mahukan pengistilahan yang sering dituliskan, boleh dirujuk pada mana-mana Wikipedia atau google. Namun begitu saya juga mungkin boleh meminjam istilah yang telah diberikan oleh kurator-kurator lain seperti contoh Asal istilah kurator (curator), dalam kamus bahasa inggeris Oxford University Press, adalah sebentuk kata kerja , iaitu “curate” yang bererti “ menyeleksi, mengorganisaskan, dan memelihara berbagai barangan (koleksi atau muzium)”. Sedangkan bentuk kata bendanya, iaitu “curator bererti “pemeliharaan atau penanggungjawab sebuah museum atau bentuk pengoleksian lainnya” (Rizki A Zaelani, Visual Arts 2005:034).
Saya menekankan istilah kurator ini adalah sebagai bantuan kepada para pembaca agar memahami apa yang dimaksudkan dengan kerja kurator. Makanya sebelum menjadikan  ‘kurator’ sebagai satu profesion, eloklah kita mengetahui serba sedikit apa sebenarnya kurator ini. Dari sejarah latarbelakang profesion kurator di Malaysia, ia bermula dengan sifat terpaksa dan perlu ada, maksudnya telah dijumpai jurnalis ini sendiri dengan menyatakan:-
“kebanyakan kurator  di Negara ini terdiri daripada golongan artis” dengan memberi contoh seperti Redza Piyardasa, Syed Ahmad Jamal, Ismail Zain, Hasnul Jamal Saidon dan lain-lain.
Mengapa begini agaknya?, Dalam hal seni rupa di Malaysia, kebanyakkan perupa (artist) yang mendapat didikan secara formal samada di dalam atau di luar Negara adalah berkaitan dengan pragmatik kreasi seni dan teori-teori seni. Contohnya mereka mendapat sijil dengan gelaran Ijazah Sarjana Seni Halus, Ijazah Sarjana Seni Elektonik, Ijazah Sarjana Sejarah Seni dan kesemuanya tidak menjurus khusus kepada Pengurusan Seni ataupun Kuratorial. Untuk mencuba menjawab kepada mengapa ia tidak menjurus kepada bidang kuratorial, ia  adalah kerana perupa-perupa ini di didik sebagai salah satu usaha untuk membuka lebaran beru dalam ilmu pendidikan seni rupa selanjutnya memeriahkan seni rupa Malaysia dengan kepelbagaian hasil karya yang unik yang pernah juga disentuh di dalam penulisan sejarah oleh Rahman (2000) dengan menyatakan “The Ministry of Education was aware that such qualified art teacher were not available during that time. Therefore, Starting from 1950s, art teacher-trainee were sent abroad, especially to Great Britain, to obtain suitable qualification”[i]
Setelah usaha ini dimurnikan oleh kerajaan, ketika mencuba menghuraikan kepelbagaian karya yang unik itu, timbul pula masalah bagaimana harus melakukannya. Maksud saya  disini ketika sesebuah karya dihasilkan bagi tujuan pameran, kita ambil contoh berpameran di Balai seni Visual Negara, siapa yang harus melakukannya sedangkan ketika Balai ditubuhkan sebagai sebuah institusi seni rupa Malaysia mereka mempunyai bilangan  pekerja yang terhad dan orang yang lebih berkelayakkan samada untuk memilih atau menulis tentang sesebuah karya adalah pengarah itu sendiri dan yang mempunyai ilmu berkaitan seni rupa dan ini berlaku pada Syed Ahmad Jamal dan Ismail Zain . Oleh itu, secara realitinya hanya mereka sahaja yang mampu menjalankan kerja-kerja kuratorial dan  ini juga bermaksud perupa perlu mejalankan tanggungjawab sebagai kurator sebagai satu usaha aktiviti itu berkembang dan tidak sekadar bersifat kepunyaa individu semata-mata. Perkara ini terus dilegitimasikan oleh perupa lain seperti Redza Piyardasa, Sulaiman Esa, Zakaria Ali, dan lain-lain yang mana mereka jugalah perupa, ahli sejarawan dan pengkritik seni rupa.
Dan tradisi ini sebenarnya terus dilegitimasikan sehingga ke hari ini kerana kebanyakkan kurator pada hari ini memang tidak punya latar sejarah pendidikan berkaitan kurator. Tetapi sangkaan bahawa kerjaya sebagai kurator yang kurang diminati oleh golongan muda adalah saya rasakan tidak begitu tepat kerana apa yang diperkatakan oleh jurnalis ini mungkin kepada seorang kurator yang tidak bekerja dalam sesebuah institusi atau dipanggil sebagai independence Curator[ii] yang sebenarnya lebih sesuai di gelar Interdependence[iii] Curator. Sedangkan di sebuah isntitusi seperti Balai, punya ramai Kurator dan Penolong Kurator yang kebanyakkannya adalah golongan muda. Adakah mereka-mereka ini tidak diiktiraf sebagai Kurator, saya pasti mereka ini tidak diiktiraf kerana pemikiran kita telahpun termaktub pada istilah kurator yang dibicarakan pada awal tadi. Untuk itu suka saya kembangkan istilah lain yang telah diberikan atau diterbitkan seperti berikut:-
Elizabeth A. Chamber di dalam kajiannya terhadap perkembangan peranan kurator menyatakan:-
“In small museums, there is less confusion because the curator takes on most or all of tasks associated with the categories of curatorial work that emerged from the job descriptions and personal statements of the individuals included in this paper. As institutions grow, these responsibilities are divided among employees with varying levels of specialization and authority.”[iv]
Mari saya huraikan disini, didalam sebuah pentadbiran galeri mahupun muzium mahupun bersifat interindependence, peranan kurator itu adalah lebih jelas dan tidak mengelirukan kerana boleh kita katakana bahawa kesemua peranan kurator seperti yang diperjelaskan pada awalan penulisan tadi di jalankan oleh kurator ini, tetapi bagi kurator yang berkhidmat di sebuah institusi yang besar seperti Balai, peranan-peranan kurator ini dipecahkan kepada kepakaran masing-masing dan sebab itu di Balai sendiri punya lebih ramai kurator yang menjalakan tanggungjawabnya mengikut kepakaran atau bahagian yang telah ditentukan yang mana juga telah ditekankan oleh penulis ini bilamana “The role of the curator, after all, is determined by the institution in which he or she works”.
Maka itu bolehkah kita sekadar membicarakan peranan kurator itu sekadar pada sudut independence curator semata-mata tanpa melihat kurator yang duduk di dalam institusi besar seperti Balai?.
Penjelasan mengenai kurangnya anak muda yang berminat untuk menjadi kurator sebenarnya telah juga diteliti oleh ahli seni rupa lain yang menitikberatkan pandangan mereka berkaitan pendidikan formal dalam bidang kuratorial, misalnya Hasnul Jamal Saidon menulis dalam konteks penulisan seni yang menjadi sebahagian peranan kurator menjelaskan:-
"the fact  that not all writers were formally trained in art history and curatorial studies indicates the need for institution of higher learning in Malaysia to provide formal training in art management, art history, curatorial studies and art writing at undergraduate and graduate levels. until now, none of the existing institution in Malaysia provides specialized undergraduate and post-graduate degree programs in these critical areas".
Begitulah penulisan Hasnul di dalam kertas kerjanya 'Overview of Contemporary Art in Malaysia After 1990' yang dibentagkan pada Seminar Seni di Balai pada tahun 2008. Dan saya pasti sekarang telah ada ledakan dalam melihat kepentingan pengajian pengurusan seni terutamanya di university-universiti di serata Malaysia walaupun tidak menjurus sepenuhnya dalam bidang kuratorial. Mungkin ini mengambil masa untuk membawa keluar graduan yang punya keinginan praktis kuratorial kerana apa yang lebih penting adalah praktisnya dan bukan pada gelarannya.
Oleh itu, bukankah lebih baik bagi kita untuk sama-sama melihat akan apakah perkara-perkara yang telah berlaku berkaitan peranan kurator sepanjang kewujudan seni rupa Malaysia daripada sekadar menghitung anak muda tidak berminat untuk menjadikan kurator itu sebagai profesi, dan atas landasan peribadi itu juga, saya merasakan MINAT itu boleh diasuh.
Bersambung…



[i] Mohamed Ali Abdul Rahman. 2000, Modern Malaysian Art : Manifestation of Malay Form and Content, BIROTEKS UiTM Shah Alam.
[ii] Hendra Hirmawan, 18 Februari 2012, Bengkel Seni Kurator Muda, House Of Matahati.
Menurut Hendra instilah ini mula di Perkenalkan di indonesia oleh Jim Sumpangkat.
[iii] Hasnul Jamal Saidon, Paperworks Getting High or Getting Real?, Synchronizing with the cosmic dance of opposites. Kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Pendidikan Sultan Indris, 2011
[iv] Elizabeth A. Chambers, December 2001, The Troublesome Matter of the Changing Role of the Curator, The George Washington University.