Bagaimana dan dimana aku mengenali Noor Azizan Rahman Paiman aka
Paiman?
Dimana sebenarnya aku mengenali Paiman. Aku mula mengenali paiman ketika aku menuntut di tahun satu fakulti senilukis dan senireka ITM sekitar penghujung tahun 1998. Pada suatu ketika menutut kelas di tepi tangga bangunan fine art aku diarahkan oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali untuk mengutip sampah di tangga, muka nya bengis , memakai seluar diatas pusat, kaki seluarnya dilipat dan suaranya sangat kuat. Aku hanya mengikut apa yang diperintah kerana aku sangat mentah pada ketika itu dan takut sekiranya aku akan diapa-apakan sekiranya tidak menurut perintahnya. Aku tidak langsung mengenali yang dia itulah Paiman sehinggalah pada satu ketika mengikuti kelas Suhaimi Tular atau dikenali oleh kami dengan gelaran ‘Suhaimi taik hidung’ di area lobi tingkat bawah bangunan fine art iaitu digelanggang sepak takraw dan menjerit nama Paiman yang berada di tingkat satu. Barulah aku tahu bahawa namanya adalah Paiman dan aku mula mengenali nya dengan nama Paiman tetapi bukan Noor Azizan Rahman Paiman. Aku agak meluat dan benci dengannya kerana dialah orang yang mengarah aku mengutip sampah… ya aku masih ingat raut wajahnya. Setelah masuk ke department fine art aku mula mencari-cari orang ini tetapi tidak tahu kemana menghilangnya sehinggalah aku di semester 5 Paiman pulang ke Malaysia setelah tamat pelajaran masternya dan membuat presentation dan appreciation terhadap karyanya ketika membuat master di manchester dan pada ketika itu juga Sharmiza Abu Hassan juga sama menamatkan masternya tetapi di negara yang lain. Aku ingat lagi pada malam itu Paiman masak spaggheti untuk student student fine art. Paiman sangat berbeza dengan apa yang aku lihat mula-mula dulu…aku melihat paiman semakin smart dan berisi serta sangat peramah walaupun dia tidak ingat yang dia pernah menyuruh aku mengutip sampah dengan muka bengis…hahah..Paiman juga pernah menjadi external untuk pemarkahan bagi degree show aku di tahun akhir pengajian aku. Ketika aku ditemubual oleh paiman… aku memberitahunya bahawa karya aku yang sepatutnya berwarna dan telahpun diubah menjadi hitam dan putih pada saat akhir kerana budak drawing patut buat artwork hitam putih sahaja..kata pensyarah aku…paiman pun membalas dan mengatakan bahawa aku patut ada reason atau bukti-bukti melalui bahan bacaan yang banyak untuk menolak statment yang drawing bukan sahaja hitam putih…dari situ aku sedar yang aku kurang membaca dan mendapatkan fakta yang kukuh dalam seni visual… paiman adalah antara orang yang menyedarkan aku tetang berapa pentingnya seorang pelukis itu harus punya ilmu bacaan yang lebih mendalam. Di mana paiman mengenali aku..aku sendiri tidak pasti…mungkin ketika di blue pop projek di National Art Gallery atau mungkin di bagunan fine art atau ketika menjadi external untuk degree show aku ataupun melalui wife aku... aku sendiri tidak pasti, yang pastinya paiman pernah menuntut disekolah menengah yang sama dengan ku tetapi di tahun yang berbeza...kahkahkah.
Apa ada pada pameran Malaysia 365 days 0f 2008?
Bersama rakan-rakan di national art gallery kami pergi ke welling gallery pada khamis malam jumaat dengan menaiki van. Hari itu hujan turun lebat. Sampai sahaja di
at dengan lebih dekat pada karya-karyanya namun tidak dapat dilihat semua kerana dianggarkan lebih kurang 300 keping karya.dikaryanya tertera statement atupun ayat-ayat yang keluar dari mulut ahli politik…setiap ayat mempunyai makna dan sangat tersendiri. Aku melihat paiman amat teliti memilih ayat-ayat tersebut untuk digarap di dalam karyanya. Setiap ayat akan berserta dengan lakaran imej surrealist ,aneh dan pelik yang tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa pun.. Melihat pada tulisan Nurhanim Khairuddin “it is a collection of colourful alien like creatures and absurd whimsical characters , of court juster and mad muses celebrating the carnival grotesque”. “ he uses his fantasy to deconstruct mediated facts and realities, turning them into exaggerated portraits. By using caricatures into picture-space, he guides us towards an aberrant decoding of texts and steers us away from preferred reading hinted by media”. Malam itu former minister Datuk Sharir Samad yang merasmikan pamerannya...mungkin dijemput atas dasar sebagai orang politik yang dekat dengan maksud-maksud karya paiman. Juga terdapat buku yang merupakan sebuah dokumentasi terhadap pameran tersebut. Dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar karyanya serta tulisan dari Nurhanim Khairuddin, Hasnul Jamal Saidon dan Mellissa Kavenagh. Berulang kali aku terpaksa membaca tulisan mereka…almaklumlah tulisan dalam bahasa English..lagipun tahu-tahu jerla term-term yang digunakan oleh penulis-penulis ini juga adakalanya membuatkan aku pening…kalau dalam tulisan bahasa melayu pun kekadang aku terpaksa baca banyak kali sebab term yang jarang aku dengar...aku kan budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan lah..janganlah gelakkan pulak..hahaha. berbalik pada karya paiman, dari persepsi dan appreciation aku, aku melihat ia sebuah karya yang berupa menyindir ataupun teguran yang sinis terhadap ahli politik di
boleh berkata apa saja mengenai karyanya...semuanya terpulang pada khalayak untuk mengapresiasinya. Berbalik pada karyanya, aku melihat karya paiman dengan penggunaan calendar islam mungkin bersifat agak peribadi sebagai seorang yang beragama islam, imej-imej pula berupa imaginasi paiman terhadap rupa ahli-ahli politik tersebut dan doa-doa pada kalendar tersebut merupakan amalan serta doa yang patut dipraktikkan oleh orang islam dalam menangani masalah kehidupan seharian. Menurut Nurkhanim Khairuddin lagi “the idea of using a Muslim diary was mooted in 2007 upon his return from the stick and move exhibition in
politik ,stensil semula ayat-ayat yang aku sendiri tidak pernah baca sebelum ini dan diperlihatkanke pada spectator. publisiti ini juga merujuk kepada budaya cakap-cakap dikalangan ahli politik yang tidak tahu akan kesahihannya dan sangat popular dikalangan mereka. Menurut John Berger “publicity is the culture of the consumer society. It propagates through images that society’s belief in itself. There are several reason why these images use the languages of oil painting”. Aku juga melhat karya paiman merupakan sebuah dokumentasi terhadap apa yang berlaku terhadap arena politik dimalaysia sepanjang tahun 2008 dan tahun yang sangat popular terhadap sedikit tergugatnya kerajaan pada barisan pembangkang, ini diperkuatkan dengan tulisan Mellissa Kavenagh “ in multiracial, multi-religious Malaysia, parliamentary elections in march had shaken up the long-ruling United Malays National Organisation(UMNO) and controversies, including the rise and demise of political leaders, allegations of murder, political fragmentation, debates between faith-based and secular worlwides, parliamentary dismissal, and rising social tension shaped the daily machinations of Malaysian life in 2008”. Namun kepandaian paiman dalam mengolah karyanya dapat diihat dengan rujukan ayat-ayat yang dilontarkan ahli-ahli politik dalam situasi mereka menangani cakap antara satu sama lain serta bercakap tentang ,masalah itu ini, melihat kesalahan ahli politik lain, menjawab statement ahli politik, mengajuk , menuduh, pembangunan negara, menyuarakan pendapat sendiri dan banyak lagi. Menurut Nurkhanim Khairuddin “he feels necessary to record these historical traces to serve as reminders, as rememory in the future, of the leaders’ wit and antics, promises and reason of their ‘forked-tongue’ ness too. He focused mostly on words uttered by politicians not only because they dominate mediascape but notably due to the greater effects their words have on the people and movements of history”. Setiap hasil karya paiman adalah hasil penelitian beliau selama setahun terhadap situasi yang berlaku di Malaysia. Paiman melihatnya bukan sekadar pembaca surat khabar seperti biasa sambil minum kpoi atau tea, tetapi paima
n melihatnya sebagai sebuah appreciation yang harus digarap dalam konteks seni visual. Paiman melihat ianya sebagai satu bahan yang harus ditonton bersama dan diingat lalu menjadi sejarah kepada kita semua. Merujuk pada tulisan John Berger dalam bukunya bertajuk ways of seeing “our perception or appreciation of an image depends also upon our own way of seeing”. Itulah kelebihan Paiman dalam mengolah ataupun memanipulasi bahan yang ada. Boleh dikatakan Paiman merupakan seorang reporter atau kaki sibuk( boleh aku katakan sedemikian..hahaha) ataupun pengumpul bahan bacaan yang kritis yang tidak dapat diduga oleh orang lain. Paiman menjumpai ayat-ayat itu dan menvisualkannya sebagai satu tanda amaran atau peringatan atau satu penceritaan atau satu perbincangan atau mengingatkan atau sebagai bukti sejarah cakap-cakap ahli politik yang boleh dijadikan fakta pada masa akan datang. “the way we see things is affected by what we know or what we belive”, tulis John Berger. Apapun syabas pada paiman..semoga kita bertemu di pameran yang medatang...
Refrences
Nur Hanim Khairuddin. Malaysia 365 days of 2008: Media and Politics of History, Memory, Forgetting
Hasnul J Saidon. Malaysia 365 days of 2008: Living Hyperview - A Journey Across Noor Azizan Paiman’s Surreality
Mellissa Kevenagh. Malaysia 365 days of 2008: 2008: A Strange Odyssey
John Berger. Ways of Seeing









